Tampilkan postingan dengan label kata. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kata. Tampilkan semua postingan
Senin, 24 Februari 2014
Peniaga Cina kata boikot produk sesebuah komuniti adalah ‘perkauman’ akan gugat ekonomi
Oleh Boo Su-Lyn
May 19, 2013
May 19, 2013
Presiden Persekutuan Motor dan Kredit Kuala Lumpur dan Selangor, Khoo Kah Jin berkata gesaan untuk memboikot barangan pengguna yang ditinjauankan oleh syarikat kaum Cina adalah perkauman. - Gambar-Gambar oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 19 Mei — Gesaan blogger pro-Umno dan beberapa kumpulan Islam untuk memboikot perniagaan Cina adalah bersifat perkauman dan akan membahayakan pertumbuhan ekonomi negara, kata ahli perniagaan Cina.Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) berkembang sebanyak 4.1 peratus pada suku pertama tahun ini sebagai tinjauan daripada eksport yang lemah dan pertumbuhan perlahan dalam perbelanjaan awam, berbanding 4.7 peratus dalam tempoh suku yang sama pada tahun 2012 dan 6.4 peratus pada suku akhir tahun 2012.
“Bagaimana anda boleh kata boikot? Siapa yang akan rugi? Kerajaan dan rakyat Malaysia yang akan rugi,” kata Chen Kien Keong,
“Keutamaan sekarang ialah ekonomi... tidak ramai juga membayar cukai pendapatan,” katanya.
Hanya 10 peratus daripada penduduk bekerja di negara ini membayar cukai pendapatan.
Presiden Persekutuan Motor dan Kredit Kuala Lumpur dan Selangor, Khoo Kah Jin berkata gesaan untuk memboikot barangan pengguna yang ditinjauankan oleh syarikat kaum Cina adalah “perkauman”.
“Jika mereka memboikot barangan jenama Cina, Cina juga boleh memboikot jenama Melayu. Tapi apakah penyelesaiannya?,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Politik adalah politik. Ini semua barangan pengguna. Bagaimana boleh anda memboikot? Ketepikan politik,” kata Khoo.
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama pada Rabu lepas menjangkakan ekonomi bakal berkembang antara lima dan enam peratus tahun ini.
Beliau berkata permintaan domestik yang kukuh akan terus menjadi “kunci pemacu pertumbuhan”, disokong dengan perkembangan sektor swasta yang mapan dan disokong oleh sektor awam.
Hasan Malek berkata Putrajaya tidak menyokong cadangan memboikot tersebut, tetapi tidak mempunyai kuasa untuk menyekatnya. Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hasan Malek berkata Putrajaya tidak menyokong cadangan memboikot tersebut tetapi tidak mempunyai kuasa untuk menyekatnya.Baru-baru ini selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 (PRU13), beberapa NGO Melayu termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) secara terbuka menggesa memboikot perniagaan Cina, kempen tersebut kemudiaannya semakin meluas di kalangan blogger pro-BN.
PPIM juga dalam laman portalnya mendakwa “produk DAP” mesti diboikot oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian.
Antara blogger yang sudah memulakan kempen memboikot tersebut adalah bigdogdotcom.wordpress.com, gerakan-anti-pkr.blogspot.com, parpukari.blogspot.com, anotherbrickinwall.blogspot.com dan theunspinners.blogspot.com.
Pertikaian dan langkah menyalahkan pengundi masyarakat Cina bermula apabila Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, menggunakan istilah “tsunami Cina” selepas keputusan pilihan raya menunjukkan BN kekal berkuasa tetapi prestasi merosot, apabila memenangi hanya 133 daripada 222 kerusi Parlimen.
Akhbar Umno, Utusan Malaysia, juga di muka depan pada Selasa lalu mengeluarkan tajuk “Apa lagi Cina mahu?” Sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina.
Namun, penganalisis Merdeka Center menegaskan Pilihan Raya 2013 bukanlah “tsunami Cina” kerana ia menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang BN.
Pengarah eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengatakan bacaan Najib mengenai pilihan raya umum 5 Mei sebagai “tsunami Cina” tidak tepat kerana Melayu bandar turut mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).
Pnganalisis telah mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 adalah disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini.
BN hilang undi popular buat pertama kali semenjak 1969 ketika mereka masih Perikatan.
BN juga hilang lagi tujuh kerusi Parlimen kepada PR Ahad lalu. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013.The Malaysian Insider
Kamis, 26 Desember 2013
Sudah 20 tahun kami hadapi masalah ini Apa kata TPM
| Harakahdaily, | 14 Jan 2013 |
(Inilah jalan kampung kami bila hujan, yang sudah 20 tahun terbiar. Apa berlaku kepada penunggang ini kalau termasuk lopak?)
Sudah pelbagai usaha yang dibuat penduduk kampung ini untuk membolehkan jalan di kawasan mereka ini ditarkan, namun mereka ditendang ke sana ke sini.
"Saya mengadu kepada YB Ahmad Maslan tentang perkara ini, tapi beliau menyatakan jalan itu kawasan Batu Pahat dan bukan kawasannya," cerita Puan Siti Hadijah Bt Bonaim dalam suratnya kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, masalah ini bukan baru bahkan sudah 20 tahun berlalu.
Masalah yang dihadapi mereka kian ketara apabila musim hujan tiba.
"Sejak kebelakangan ini sering kali hujan, ditambah pula dengan kenderaan besar seperti lori yang melalui jalan tersebut," katanya.
Berikut adalah surat Siti Hadijah kepada Harakahdaily bagi mengadu masalah ini.
Assalamualaikum.
Saya ingin membuat permohonan naik taraf jalan di kampung saya dari tanah merah ke tanah tar.
Ini kerana sejak kebelakangan ini sering kali hujan, ditambah pula dengan kenderaan besar seperti lori yang melalui jalan tersebut.
Dalam sehari lebih kurang 20 buah lori menggunakan jalan itu.
Jalan tersebut boleh menembusi ke Rejo Sari, Air Hitam, Parit Raja, dan Batu Pahat.
Jalan tersebut yang belum di tar lebih kurang 1 kilometer lagi.
Sebelum ini pun saya telah mengadu hal ini ke dalam surat khabar Berita Harian, dan menelefon terus kepada Yb Ahmad Maslan, YB Ayub Bin Jamil, Ketua Kampung dan pihak atasan yang lain.
Saya berasa amat dukacita kerana sudah 20 tahun jalan tersebut tidak di tar.
Saya mengadu kepada YB Ahmad Maslan tentang perkara ini, tapi beliau menyatakan jalan itu kawasan Batu Pahat dan bukan kawasannya.
Tambahan pula, kadang kala hujan di waktu pagi, anak saya hendak pergi ke sekolah susah kerana keadaan jalan yang lecak dan pada waktu panas jalan berabuk pula.
Saya berharap agar pihak tuan datang dan melihat sendiri keadaan jalan ke rumah saya.
Segala kerjasama amat dihargai dan tindakan segera dilakukan.
Jikalau ada sebarang kemusykilan, boleh hubungi di talian ini. (012-7519037). Ini no telefon suami saya, Sarni Bin Saaim.
Jumat, 06 Desember 2013
Kata Motivasi Untuk di Pagi Hari
Kata Motivasi di Pagi Hari - Student-Brains - Senangnya jika ada yang dapat memotivasi kita.

Berikut ini adalah Kata-Kata dan Ucapan Motivasi untuk di Pagi Hari :
Bangkitlah dari kesedihan, karena kesedihan adalah proses yang harus dilalui untuk menuju kebahagiaan.. Percaya itu!
Tersenyumlah dalam mengawali hari, karena itu menandakan bahwa kamu siap menghadapi hari dengan penuh semangat!
Dengan semangat, kamu pasti bisa. Bersemangatlah dengan hati, agar semangat kamu tetap dijalan kebenaran.
Doaku hari ini: Tuhan, jadikan aku yang kecil ini menjadi berarti bagi sesama, agar kemuliaanMu selalu berkumandang.
Setiap perbuatan yang membahagiakan sesama adalah suatu sikap yang mencerminkan pribadi yang mulia.
Jangan habiskan waktumu untuk mencemaskan apa yang orang lain lakukan. Fokuskan dirimu pada apa yang kamu lakukan. Berikan yang terbaik!
Ketika kamu telah melakukan yang terbaik yang kamu bisa, maka kegagalan bukan seseuatu yang harus disesalkan. Jadikanlah pelajaran.
Memiliki segalanya tidak membuatmu istimewa. Memiliki ssorg yg menilaimu lbh dr segalanya, itu yg membuatmu istimewa.
Menyerah adalah hal termudah untuk dilakukan. Namun tuk terus bertahan ketika semua orang mengerti jika kamu menyerah, itu KEKUATAN SEJATI.
Jangan ragu berikan yang terbaik meski itu hal kecil, karena jika hal besar datang tak akan menyulitkanmu. Bisa karena terbiasa!
Masa lalu bisa menjadi penghambat terbesar untuk masa depan jika kamu tak rela melepaskannya.
3 Pelajaran sederhana yg bbrp org perlu pelajari: Berpikir sblm bicara. Akui kesalahan sendiri. Ucapkan "Maaf".
Guys, wanita ada untuk disayangi dan dilingungi, bukan untuk dikuasai.
Org menyakitimu, Ia menyembuhkanmu. Orang merendahkanmu, Ia meninggikanmu. Orang menghakimimu, Ia memenangkanmu. -@AmandaAdriani
Syukurilah kesulitan. Karena terkadang kesulitan mengantar kita pada hasil yang lebih baik dari apa yang kita bayangkan.
Setiap masalah ada jalan keluarnya. Kamu mungkin tak melihatnya, namun Tuhan tahu jalan keluarnya. Yakin dan percayalah padaNya.
Org yg membandingkan diri dng org lain tak akan bahagia. Mereka tak pernah bersyukur atas apa pun yg mereka raih.
Sebuah senyum manis tdk akan prnh menyakitimu. Ia hanya akan menyakiti mereka yg prnh menyakitimu & membuatmu menangis
Selama kamu yakin, tak ada yg tak mungkin. Percaya diri! Kamu lebih hebat dari yg kamu pikirkan.
Dalam hidup, jangan miliki rasa takut pada dia yg membencimu, tapi kamu harus hati-hati pada teman yg pura-pura memelukmu.
Jangan mengomentari kesalahan orang lain, karena orang itu akan mengambil manfaat dari ilmumu lalu dia menjadi musuhmu.
Semoga teman-teman student dapat termotivasi dari kata-kata di atas.
Langganan:
Postingan (Atom)