Tampilkan postingan dengan label cina. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label cina. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Maret 2014

Face Kini Baju Renang Dengan Topeng Yang Jadi Tren di Cina

Face-Kini, Baju Renang Yang Menjadi Tren di Cina

Jika biasa Anda menggunakan tabir surya untuk menghalau efek buruk sinar matahari, di Cina, ada baju renang unik yang lengkap dengan topeng yang sedang menjadi tren.

Busana renang dengan lengan dan celana panjang yang menutup hingga bagian mata, hidung serta mulut tersebut disebut Face-kini.

Face-kini ini dikenakan oleh para wanita Cina karena mereka tidak ingin kulitnya menjadi kecoklatan akibat terpaan sinar matahari. Di mana di Asia, kulit kecoklatan dikaitkan dengan pekerjaan fisik di pedesaan. Sedangkan kulit putih pucat memiliki status sosial tersendiri.

Sebenarnya Face-kini telah dibuat sekitar tujuh tahun lalu, yang meskipun terlihat cukup aneh, namun bertujuan bukan hanya untuk melindungi kulit dari terik matahari,  tapi juga melindungi tubuh dari sengatan serangga dan ubur-ubur.

Penampilan Face-kini sekilas mirip dengan busana renang untuk wanita muslim, Burkini. Topeng unik ini dijual sekitar 15-25 yuan (sekitar 22 ribu - 33 ribu rupiah).

Apakah Anda tertarik untuk mengenakan baju renang unik ini?
Selengkapnya

Senin, 24 Februari 2014

Peniaga Cina kata boikot produk sesebuah komuniti adalah ‘perkauman’ akan gugat ekonomi


Oleh Boo Su-Lyn
May 19, 2013
Presiden Persekutuan Motor dan Kredit Kuala Lumpur dan Selangor, Khoo Kah Jin berkata gesaan untuk memboikot barangan pengguna yang ditinjauankan oleh syarikat kaum Cina adalah perkauman. - Gambar-Gambar oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 19 Mei — Gesaan blogger pro-Umno dan beberapa kumpulan Islam untuk memboikot perniagaan Cina adalah bersifat perkauman dan akan membahayakan pertumbuhan ekonomi negara, kata ahli perniagaan Cina.

Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) berkembang sebanyak 4.1 peratus pada suku pertama tahun ini sebagai tinjauan daripada eksport yang lemah dan pertumbuhan perlahan dalam perbelanjaan awam, berbanding 4.7 peratus dalam tempoh suku yang sama pada tahun 2012 dan 6.4 peratus pada suku akhir tahun 2012.
“Bagaimana anda boleh kata boikot? Siapa yang akan rugi? Kerajaan dan rakyat Malaysia yang akan rugi,” kata Chen Kien Keong,
“Keutamaan sekarang ialah ekonomi... tidak ramai juga membayar cukai pendapatan,” katanya.

Hanya 10 peratus daripada penduduk bekerja di negara ini membayar cukai pendapatan.
Presiden Persekutuan Motor dan Kredit Kuala Lumpur dan Selangor, Khoo Kah Jin  berkata gesaan untuk memboikot barangan pengguna yang ditinjauankan oleh syarikat kaum Cina adalah “perkauman”.
“Jika mereka memboikot barangan jenama Cina, Cina juga boleh memboikot jenama Melayu. Tapi apakah penyelesaiannya?,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Politik adalah politik. Ini semua barangan pengguna. Bagaimana boleh anda memboikot? Ketepikan politik,” kata Khoo.
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama pada Rabu lepas menjangkakan ekonomi bakal berkembang antara lima dan enam peratus tahun ini.

Beliau berkata permintaan domestik yang kukuh akan terus menjadi “kunci pemacu pertumbuhan”, disokong dengan perkembangan sektor swasta yang mapan dan disokong oleh sektor awam.
Hasan Malek berkata Putrajaya tidak menyokong cadangan memboikot tersebut, tetapi tidak mempunyai kuasa untuk menyekatnya. Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hasan Malek berkata Putrajaya tidak menyokong cadangan memboikot tersebut tetapi tidak mempunyai kuasa untuk menyekatnya.

Baru-baru ini selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 (PRU13), beberapa NGO Melayu termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) secara terbuka menggesa memboikot perniagaan Cina, kempen tersebut kemudiaannya semakin meluas di kalangan blogger pro-BN.
PPIM juga dalam laman portalnya mendakwa “produk DAP” mesti diboikot oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian.

Antara blogger yang sudah memulakan kempen memboikot tersebut adalah bigdogdotcom.wordpress.com, gerakan-anti-pkr.blogspot.com, parpukari.blogspot.com, anotherbrickinwall.blogspot.com dan theunspinners.blogspot.com.

Pertikaian dan langkah menyalahkan pengundi masyarakat Cina bermula apabila Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, menggunakan istilah “tsunami Cina” selepas keputusan pilihan raya menunjukkan BN kekal berkuasa tetapi prestasi merosot, apabila memenangi hanya 133 daripada 222 kerusi Parlimen.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia, juga di muka depan pada Selasa lalu mengeluarkan tajuk “Apa lagi Cina mahu?” Sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina.

Namun, penganalisis Merdeka Center menegaskan Pilihan Raya 2013 bukanlah “tsunami Cina” kerana ia menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang BN.

Pengarah eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengatakan bacaan Najib mengenai pilihan raya umum 5 Mei sebagai “tsunami Cina” tidak tepat kerana Melayu bandar turut mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).

Pnganalisis telah mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 adalah disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini.
BN hilang undi popular buat pertama kali semenjak 1969 ketika mereka masih Perikatan.

BN juga hilang lagi tujuh kerusi Parlimen kepada PR Ahad lalu. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013.The Malaysian Insider
Selengkapnya

Rabu, 25 Desember 2013

Info Kenapa Ramai Orang Cina Menyokong Adam Adli

Ulasan dalam tempoh lapan tahun saya bekerja sebagai seorang wartawan, cuma dua kali sahaja saya perhatikan orang Cina keluar beramai-ramai untuk menyokong aktivis Melayu yang ditahan.


Kenapa Ramai Orang Cina Menyokong Adam Adli?

Kes yang pertama berlaku pada tahun 2008 apabila penulis blog politik termasyhur waktu itu, Raja Petra Kamarudin, ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) selama sebulan.

Waktu itu, Raja Petra ( kiri ) dianggap sebagai "hero" oleh pembaca blognya, yang kebanyakan orang Cina dan India kawasan bandar kerana rencana "pedas" yang ditulis secara eksklusif dalam Bahasa Inggeris.

Kalau kita lihat gambar-gambar sewaktu dia di bebaskan, memang kebanyakan peminatnya yang berkumpul di mahkamah adalah orang bukan Melayu.

Sebelum dibebaskan, dianjurkan beberapa acara nyalaan lilin untuk menunjukkan sokongan, yang juga kebanyakan menarik peserta bukan Melayu.

Kelmarin pula, senario yang hampir sama berlaku berhampiran balai polis Jinjang, di mana sebuah perhimpunan aman untuk menyokong Adam Adli Abdul Halim berlangsung.

Memang terdapat orang Melayu. Antaranya aktivis lama reformasi, geng Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), geng mahasiswa dan aktivis parti pembangkang.

Mereka faham perjuangan Adam Adli dan datang dari jauh untuk menunjukkan sokongan sampai larut malam.

Tsunami Cina di Jinjang

Tetapi bilangan mereka kecil kalau dibandingkan dengan kehadiran beratus-ratus orang Cina yang mewakili kelas berpendapatan rendah sampai kelas yang menggunakan kereta mewah.

Adanya geng gereja Lutheran, ahli Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema) dan geng DAP. Tetapi apa yang mengejutkan, pihak yang tidak dijangkakan turut berhimpun demi Adam Adli.

Adanya Ah Soh bersama tiga anak perempuanya yang masih dalam umur persekolahan. Adanya Ah Seng rambut perang membawa motorsikal Suzuki RG.

Adanya ah pek yang memakai singlet putih jenama pagoda. Adanya Ah Siang, seorang pakar penulis aplikasi untuk iPhone dari Shah Alam.

Sampai 11.30 malam, saya berasa letih dan meminta izin bos saya untuk balik rehat. Tetapi Ah Soh, Ah Seng, Ah Pek dan Ah Siang masih hendak berhimpun, bersorak dan menyanyi Negaraku, walaupun sudah tengah malam dan adanya risiko ditahan polis.

Bagi saya, ini agak pelik. Kalau dibandingkan dengan ketika Raja Petra ditahan, penyokongnya memahami pendiriannya kerana dia sudah menulis rencana sejak beberapa dekad.

Manakala, Adam pula masih dikira orang baru dalam arena aktivis dan pendirian. Ataupun idealismenya kurang menarik perhatian orang ramai kerana dia bukan seorang penulis prolifik seperti Raja Petra.

Kesilapan keutamaan

Tidak lama selepas polis menahan 18 peserta (antaranya, 11 lelaki dan 4 perempuan Cina), saya sempat berborak dengan beberapa orang Cina yang bagi saya, tidak menonjolkan ciri-ciri kaki demonstrasi.

Tiada seorang pun yang tahu tentang latar belakang Adam Adli, ataupun kisah beliau menurunkan bendera perdana menteri di PWTC.

Tetapi, kebanyakan orang yang ditemuramah nampaknya tidak puas hati melihat seorang mahasiswa ditahan kerana hujahnya di sebuah forum, sedangkan pihak berkuasa sepatutnya mengutamakan benda lain yang lebih penting.

"Itu (sebut nama seorang pemimpin BN) dia tak mahu tangkap. Olang jahat dia tak mahu tangkap. Mengapa tangkap budak itu?"

Ini merupakan pandangan yang lazim diluahkan orang yang ditemuramah. Sebaliknya, soal bangsa Adam Adli tidak disentuh langsung.

Jadi kalau mahu menjawab soalan yang dikemukakan sebuah akhbar tempatan, apa lagi Cina yang berkumpul di sekitar balai Jinjang semalam mahu, jawapannya keadilan.

Mereka mahu pihak berkuasa menyempurnakan tugas mereka secara adil dan saksama, bukan membuang masa menutup mulut aktivis muda yang cuba untuk menegakkan sistem pilihan raya yang bersih.

Itu saja Cina mahu?

Saya juga membuat kesimpulan, orang Cina yang saya nampak semalam juga masih mahu kepimpinan Melayu.

Pada tahun 2008, Raja Petra antara pemimpin yang diagung-agungkan orang Cina kerana hujahnya berlandaskan keadilan.

Sekarang pula orang Cina mengagung-agungkan pemimpin Melayu seperti Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khalid Ibrahim, Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayub, Rafizi Ramli dan sebagainya kerana prestasi pencapaian mereka.

Pernahkah para pembaca dengar orang Cina kata dia hendak lihat Lim Kit Siang ( kanan ), Karpal Singh ataupun Dr Chua Soi Lek sebagai perdana menteri? Tidak.

Ketiga-tiga pemimpin ini tidak begitu fasih bahasa kebangsaan pun. Macam mana pula mereka hendak menggubal undang-undang?

Saya juga berpendapat orang Cina memahami bahawa kebanyakan orang Malaysia adalah orang Islam yang memerlukan pimpinan orang Islam. Ini kerana perlembagaan telah menetapkan Agong sebagai penjaga hal-ehwal Islam dan seorang perdana menteri adalah wakil eksekutif Tuanku.

Saya mengaku, kesimpulan yang saya temukan ini mungkin simplistik sebab ia berdasarkan satu senario yang jarang berlaku dan berdasarkan pendapat segelintir peserta malam kelmarin.

Tetapi saya harap pemerhatian saya semalam dapat membuka lagi ruang perbincangan tentang "Apa lagi Cina mahu" dan adakah semua perbuatan mereka merupakan pecaturan licik bersifat perkauman, seperti didakwa sesetengah pihak.

Setahu saya, Adam Adli bukan Cina dan tidak pernah cuba menghasut orang Cina. Secara umumnya, orang Cina tidak kenal dia pun, lebih-lebih lagi orang Cina Jinjang.

Admin: Rencana ini ditulis oleh ANDREW ONG bertugas di Malaysiakini (laman Bahasa Inggeris). Ini rencana pertamanya yang ditulis dalam Bahasa Melayu.

[Sumber]
Selengkapnya

Senin, 25 November 2013

Cara Ekstrim Siswa SD di Cina Berangkat ke Sekolah



Cara Ekstrim Siswa SD di Cina Berangkat ke Sekolah

Dulu, siswa SD di desa Decun, Guangzhou, Cina, tak punya pilihan lain selain harus rela berjalan kaki selama 5 jam untuk mencapai sekolah mereka. Namun semenjak 10 tahun yang lalu, siswa-siswa malang ini akhirnya punya alternatif lain yang dapat menghemat waktu perjalanan. Setidaknya, bagi mereka yang punya nyali ekstra tinggi.
Satu kelebihan dari tinggal di desa terpencil...kamu akan jadi lebih relijius...
Letak desa Decun memang terpencil, dan jurang menganga yang memisahkan desa itu dengan dunia luar membuat kondisi keterpencilan mereka semakin parah. Hal ini tentu saja menimbulkan kesulitan besar bagi warga yang ingin berkativitas masuk-keluar desa.
Akhirnya pada tahun 2002, tercetuslah sebuah ide untuk menyiasati masalah demografik ini. Penduduk desa bekerja bakti untuk membangun sebuah "kereta gantung amat sangat sederhana" yang dapat mereka pakai untuk melintasi jurang. Dan mereka berhasil, kini 2000 warga desa Decun dapat masuk keluar desa dengan lebih cepat, tapi juga dengan jauh lebih menegangkan.
Ketika nubie dan veteran bertemu
Kendaraan ini berbentuk seperti flying fox yang ditambahkan keranjang dibawahnya. Di keranjang yang terbuat dari besi dan kayu itulah para penumpang menikmati perjalanan antara hidup dan mati mereka. Tak ada batasan usia untuk memakai fasilitas tersebut, jadi siswa-siswa SD pun dapat memakainya untuk menghemat waktu perjalanan sekolah. Biayanya juga murah kok, cuma 2 yuan (Rp 3000) untuk dewasa, dan 1 yuan untuk pelajar. Tak disebutkan apakah ongkos segitu sudah termasuk asuransi jiwa atau belum, tapi saya kira sepertinya tidak.
Saat seorang murid SD perempuan ditanya mengenai kesannya menaiki kendaraan ini, ia menjawab: "Setiap saat saya menaiki kendaraan ini, jantung saya berdetak lebih cepat."
Wow... Kalo saya mungkin sudah copot...


source
Selengkapnya